Saturday, March 13, 2010

Penatnya Jika Terlalu Sayang

This weekend pulang ke segamat sempena perkahwinan sahabat baik ku Noraini and Firham. To both of you selamat pengantin baru... semoga berbahagia hingga ke syurga... menjadi juga akunyer match maker... Alhamdulillah.....

Berbual dengan mak tentang soalnya sayang..terngiang-ngiang kata-kata mak...penatnya jika kita terlalu sayangkan seseorang. Sebab hanya kita yang memikirkan tentang dirinya.. cuba memenuhi setiap kemahuaanya... merubah diri kita agar melengkapi dirinya...sentiasa ingin bersama dirinya, sedangkang diri tidak menjadi diri kita sebagai keutamaannya. Malahan disaat kita memerlukan dirinya, dia tidak mampu berada disisi kita.

malahan bila hati ini dilukai..terasa gelapnya dunia, terasa sesaknya nafas di dada. Ya.. jika terlalu sayangkan seseorang, jika hanya kita yang berusaha menyemai dan menanam benih cinta...satu hari kita akan berasa penat. Kita akan berasa lelah....

Sebab itu menyayangi seseorang jangan menjadikan dia segalanya..agar tanpanya kita masih mampu berdiri, agar tanpanya kita tidak ketepi... hidup ini sebenarnya adalah satu perjuangan yang sangat singkat. Kuncinya sabar dan pasrah pasti terhasilnya tabah. Ya Ketabahan sangat penting mengharungi dunia pancaroba yang melalaikan...

What ever it is... Ain i'm really sorry tak dpt hadir majlis persandingan ko sebab aku kene ke melaka.... Tapi without me pun ko tetap bersandingkan... jumpa di bentong ya!!!!

Sunday, February 21, 2010

Maaf yang terlalu murah

Murah benar kata-kata maaf bagi sesetengah orang. Mudah benar mengungkapkan maaf di iringi dengan linangan airmata.Seolah telah benaetr2 sedar kesalahan mereka dan benar-benar inginkan kemaafan. Akan tetapi manusia memang benar-benar mudah lupa. Manusia benar-benar mudah mengulanginya semula.

Kekadang aku rasakan perasan ini diguris berkali-kali. Kadang aku rasakan begitu lelah dan lemas dengan situasi ini yang sentiasa berulang dan melalui kitaran yang sama. Mengapa tidak kita benar-benar maksudkan permintaan maaf itu. Mengapa mesti mengulanginya semula...mengapa mudah kita menguris hati seorang saudara sendiri...mngkin ini bahagian ku.

Erm..hati ini tidak akan pernah ada sparepartnya...kekadang aku tak faham kenapa hina dan bencinya diri ini... Apakah sebab dan puncanya. Kekadang sebagai manusi kita sering berjalan mendongak ke langit tapi kita lupa akhirnya kita ke bawah jua pengakhirannya. Kenapa tidak kita berjalan menundukkan kepala merenung ke bawah destinasi kita yang sebenar-benarnya..

Last week jumpa dengan abang sepupu yang merupakan ustaz. Dia menceritak pengalamannya...bertemu seorang wanita tabah yang menderita penyakit angkara hasad dengki manusia. Namun wanita tabah ini tidak pernah merungut atau mengeluh. Reda dan pasrah akan setiap ketentuan ALLAH. Bibirnya tidak henti berzikir. Kagumnya aku...dan wanita tabah ini bertemu dengan Allah pada hari jumaat. Penghulu segala hari...hari yang penuh mulia untuk mengakhiri destinasi perjalanannya di dunia ini...

Terdetik di hati jika tatkala ini ALLAH memanggil ku .. pastinya aku menghadap ALLAH dengan pakaian yang koyak rabak..

Thursday, February 18, 2010

Kerinduan yang tiada penghujungnya

Perpisahan kerana kematian adalah  sesuatu yang sangat menyakitkan. Apatah agi tatkala ia datang menjengah kita tidak pernah bersedia. Tak pernah terduga akan terpisah 2 jiwa kerana kematian. Rasa bagai melayang seluruh jiwa ini pergi bersama insan yang kita cintai. Bagai terkubur semua harapan dan impian seperti jasadnya yang jauh terperosok di perut bumi.

erm...aku masih merindui mu abang. sangat rindu sehingga hati ini merasai kepedihan dan kepiliannya setiap kali mengigatimu. Masih terungkat setiap baris katamu, masih terngiang-ngiang gelak tawa mu dan masih terbayang senyuman wajahmu. adakalanya kau menjengah dalam mimpi ku. Tapi pusara mu membuatkan ku tersentak dari mimpi itu hakikatnya kau sudah berlalu dari ku.

Mati itu pasti...setiap yang bernyawa pasti menghadapi sebuah kematian. Mati..adalah satu pengalaman yang paling menyakitkan. Tiada yang lebih menyakitkan dari sebuah kematian. Tak dapat ku gambarkan bagaimana sakitnya sakaratul maut.

Abang, pemergian mu membuatkan aku selalu teringatkan mati. Kehilangan mu setelah 25 tahun kita mengharungi kehidupan ini bersama bagaikan wakeup alarm buatku. Aku terlalu jauh dr jalan Nya yang lurus. Aku semakin mengerti makna sebuah kehidupan. Aku semakin mengerti perjalanan kehidupan ini tidaklah panjang sebenarnya terllau singkat. Namun manusia mudah lupa....manusia mudah alpa dibuai kebendaan dan keduniaan semata....

Abang jika boleh semua amalan ku ini, ku hadiahkan buatmu. Kerana kau yang membangunkan aku dr alam mimpi yg melalaikan...Aku ngin kau berbahagia di sana. Pastinya kematian bakal menjengahku...semoga aku juga pergi dalam kedamaian seperti mu...semoga aku juga pergi di waktu hening pagi yang mendamaikan. Biarkan seluruh alam ini merestui kepergianku kembali pada kekasih kita yang satu...Alla

Sesungguhnya kini, ku sandarkan hidup dan matiku hanya kerana MU...

Wednesday, February 17, 2010

Kehidupan ini tidak selalunya indah

Ya..kehidupan tidak selalunya indah. Tidak semua yang di impikan akan menjadi satu relaiti. Kita hanya mampu merancang namun sesungguhnya segala-galanya telah menjadi satu ketentuan.

Berita dan cerita sedih silih berganti beberapa hari ini. Ada perpisahan yang terjadi di kalangan sahabat sendiri. Ada kedukaan yg tersebar di hati saudara sendiri. Seringkali terdapat persoalan demi persoalan kenapa aku yang berdepan kedukaan? Kenapa bukan insan lain? kenapa dugaan yang hadir silih berganti di sepanjang kehidupan ini.

Sering terdengar ungkapan letih dan lelah menjalani kehidupan yang panjang ni. Namun sahabat bersabarlah... Allah tidak akan memberikan dugaan yang tak mampu di tanggung hambaNya. Kadang-kadang perpisahan adalah jalan terbaik bagi satu penyelesaian. Sesungguhnya perpisahan itu sering terjadi. Dimana ada pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan.

Namun renungkanlah dari sudut yg positif. Peprisahan itu mmg sakit, memang perit. Tapi jika itu adalah permulaan kebahagian marilah kita mulakan suatu penghijahan. Mungkin ada sinar kebahagian yang menanti..

Pastinya..kedukaan dan kesedihan itu mendekatkan diri kita pada Allah. Berat mata yg memandang sudah tentunya berat lagi bahu yang memikul. Jika sedih dan lelah jgnlah berputus asa...Kematian bukan suatu pengakhiran tp suatu permulaan kehidupan hakiki yg sgt panjang...