Sunday, February 21, 2010

Maaf yang terlalu murah

Murah benar kata-kata maaf bagi sesetengah orang. Mudah benar mengungkapkan maaf di iringi dengan linangan airmata.Seolah telah benaetr2 sedar kesalahan mereka dan benar-benar inginkan kemaafan. Akan tetapi manusia memang benar-benar mudah lupa. Manusia benar-benar mudah mengulanginya semula.

Kekadang aku rasakan perasan ini diguris berkali-kali. Kadang aku rasakan begitu lelah dan lemas dengan situasi ini yang sentiasa berulang dan melalui kitaran yang sama. Mengapa tidak kita benar-benar maksudkan permintaan maaf itu. Mengapa mesti mengulanginya semula...mengapa mudah kita menguris hati seorang saudara sendiri...mngkin ini bahagian ku.

Erm..hati ini tidak akan pernah ada sparepartnya...kekadang aku tak faham kenapa hina dan bencinya diri ini... Apakah sebab dan puncanya. Kekadang sebagai manusi kita sering berjalan mendongak ke langit tapi kita lupa akhirnya kita ke bawah jua pengakhirannya. Kenapa tidak kita berjalan menundukkan kepala merenung ke bawah destinasi kita yang sebenar-benarnya..

Last week jumpa dengan abang sepupu yang merupakan ustaz. Dia menceritak pengalamannya...bertemu seorang wanita tabah yang menderita penyakit angkara hasad dengki manusia. Namun wanita tabah ini tidak pernah merungut atau mengeluh. Reda dan pasrah akan setiap ketentuan ALLAH. Bibirnya tidak henti berzikir. Kagumnya aku...dan wanita tabah ini bertemu dengan Allah pada hari jumaat. Penghulu segala hari...hari yang penuh mulia untuk mengakhiri destinasi perjalanannya di dunia ini...

Terdetik di hati jika tatkala ini ALLAH memanggil ku .. pastinya aku menghadap ALLAH dengan pakaian yang koyak rabak..

0 comments:

Post a Comment