Thursday, February 18, 2010

Kerinduan yang tiada penghujungnya

Perpisahan kerana kematian adalah  sesuatu yang sangat menyakitkan. Apatah agi tatkala ia datang menjengah kita tidak pernah bersedia. Tak pernah terduga akan terpisah 2 jiwa kerana kematian. Rasa bagai melayang seluruh jiwa ini pergi bersama insan yang kita cintai. Bagai terkubur semua harapan dan impian seperti jasadnya yang jauh terperosok di perut bumi.

erm...aku masih merindui mu abang. sangat rindu sehingga hati ini merasai kepedihan dan kepiliannya setiap kali mengigatimu. Masih terungkat setiap baris katamu, masih terngiang-ngiang gelak tawa mu dan masih terbayang senyuman wajahmu. adakalanya kau menjengah dalam mimpi ku. Tapi pusara mu membuatkan ku tersentak dari mimpi itu hakikatnya kau sudah berlalu dari ku.

Mati itu pasti...setiap yang bernyawa pasti menghadapi sebuah kematian. Mati..adalah satu pengalaman yang paling menyakitkan. Tiada yang lebih menyakitkan dari sebuah kematian. Tak dapat ku gambarkan bagaimana sakitnya sakaratul maut.

Abang, pemergian mu membuatkan aku selalu teringatkan mati. Kehilangan mu setelah 25 tahun kita mengharungi kehidupan ini bersama bagaikan wakeup alarm buatku. Aku terlalu jauh dr jalan Nya yang lurus. Aku semakin mengerti makna sebuah kehidupan. Aku semakin mengerti perjalanan kehidupan ini tidaklah panjang sebenarnya terllau singkat. Namun manusia mudah lupa....manusia mudah alpa dibuai kebendaan dan keduniaan semata....

Abang jika boleh semua amalan ku ini, ku hadiahkan buatmu. Kerana kau yang membangunkan aku dr alam mimpi yg melalaikan...Aku ngin kau berbahagia di sana. Pastinya kematian bakal menjengahku...semoga aku juga pergi dalam kedamaian seperti mu...semoga aku juga pergi di waktu hening pagi yang mendamaikan. Biarkan seluruh alam ini merestui kepergianku kembali pada kekasih kita yang satu...Alla

Sesungguhnya kini, ku sandarkan hidup dan matiku hanya kerana MU...

1 comments:

kew_chop said...

semoga abang ko tenang di sana, aminn

Post a Comment